Friday 31 July 2015

PERBEZAAN RAYA AS A MOTHER

SALAM 1 MALAYSIA

Hari ni Nad kena kerja walaupn hari sabtu. Well sebab xde kerja Nad nak kongsikan pengalaman beraya as a mother. Mana lar tahu 20 yrs nanti anak-anak Nad nak tgk camner la pengalaman mama dorang beraya bersama anak-anak kecil ni. Nak suruh mama cerita mybe dah lupa.

PERBEZAAN RAYA B4 & AFTER KAHWIN

  •  BAJU RAYA 

Dulu before kahwin baju raya mesti hujung-hujung nak raya cari dengan mak abah and my sister. Blouse, jeans mesti wajib ada. Baju kurung 2-3 pasang, kasut raya lagi 1-2 pasang. Meriahnye raya walaupun raya di bandar ni xlah best mana pn tapi suasana menyambut tu. Hahaaha.

After dah kahwin semua kena pk dua kali. Kena pikir baju suami, anak-anak matching tak ngan mummy diaorg ni. Kena hantar g tempah awal lagi. Baju mak abah & mak mertua serta adik ipar kena pk awal & budget awal lagi. Baju Nad selalunya jubah @ baju kurung je. No more jeans etc.. Hanya anak-anak jer bz cari jeans , t shirt n skirt bagai. Kdang-kadang dekat 10 pasang utk anak berbanding mama & papa dorang. Kasut raya pn xbeli sb fokus untuk anak-anak jer dlu. Sayang kan mama dekat anak-anak. So kids hargailah ibu bapa anda.  :-)

  • MAKE UP & ACCESSORIES 
Dulu before kahwin make up and accessories matching jer di pagi raya. Mandi dan pergi smbahyang raya dengan mak and adik.

After dah kahwin 4 tahun ni xsempat lg Nad smbahyang raya sebab jaga anak-anak kecik. Pagi-pagi bz mandikan dorang & iron baju-baju anak, suami dan diri sendiri. Wangikan anak-anak sebab japgi wan nagn mak tok nak sayang n nak pergi beraya rumah saudara bagai.hmmm letihnya beraya

  • TUGAS RAYA / KUIH RAYA
Dulu tugas Nad buat kuih raya dan kemas rumah dengan mak.  Bile dah kahwin n ada anak asyik kerja jer. kuih raya beli & kalau sempat buatlah beberapa jenis yang paling mudah cthnya cornflakes madu.heheh.. 
  • TEMPAT BERAYA & DUIT RAYA
Sebelum kahwin kite tak kisah pn beraya di mana. Janji jalan - jalan ngan parents bersama baju baru yang vouge la kan. HAHAHHAHA.. 

Dah kahwin ni kenalar tukar-tukar beraya di sebelah suami di Terengganu dan mummy Nad di Penang & SP. Kena atur rumah sanak saudara yang nak g melawat sebab nak sediakan barang-barang anak lagi, nak tgk mood anak meragam ke tak dan sebagainya. Selain itu, duit raya pn nak kena sediakan untuk anak saudara dan juga anak-anak sepupu yang lain. Budget kena pk awal tahun lagi sebelum nak raya. 

♥ Terima Kasih ♥

Monday 27 July 2015

HARI RAYA CELEBRATION 2015

Salam Ramadhan semua blogger-blogger di Malaysia kalau ada lar yang baca dan buka blog mummy Nad ni. Sekejap je sebulan dah berlalu, puasa berakhir dan syawal menjelma.. Hahahha puitis betul ayat. Sempena bulan yang mulia ini mummy Nad nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN sekiranya ada kiranya sesiapa yang baca blog ini terasa hati dan sebagainya.

Dah berbulan baru ada masa nk update blog. Bukan apa kena balik awal masak, bz di tempat kerja dan anak meragam menyebabkan tiadanya masa nak mengupdate. Lg 1 penyakit kemalasan yang melampau di masa kini menyebabkan mummy Nad malaz nak update.

Raya kali ni mummy Nad beraya di Sungai Petani dan penang sahaja. X balik pn kg hubby di Terengganu since cuti sekolah xlama. Macam letih perjalanan Johor-Penang-terengganu-penang-Johor. Last kami decide Johor-S.Petani-Johor. hahaha,.... Terengganu balik cuti raya haji bulan 9 nanti jer since cuti banyak ckit so blh relex lama sikit di kampung suami.

Kuih raya mummy Nad buat 3 jenis jer. Biskut Nestum, Tad nenas dan Cornflakes madu. 1 jenis mak mummy Nad buat 1 jenis lagi beli. cukup lar 5 jenis tahun ni. Banyak2 pn sapa yang nak makannya. Budak2 nk duit raya jer kuih raya xmakan pn.huhuh...

Penutup bicara SELAMAT HARI RAYA lagi sekali blogerssss


♥ Terima Kasih ♥

© Mummy Irfan | Template By Blog Bingkisan Hati