Sunday 29 June 2014

RAMADHAN AL MUBARAK

Salam isnin, Salam 1 Malaysia, Salam Ramadhan al mubarak kepada semua blogger2x yang ada di luar sna.. Sekejap je dh masuk ramadhan dan x lama lagi kte nak rya dh kan.. Sedeh terasa xdpat bertarawih di surau atau masjid sebab nak kena jaga montel mummy tu....hihihi... 

So salam ramadhan lagi sekali dan selamat berbuka puasa..











BUBBYEEEE

♥ Terima Kasih ♥

Tuesday 24 June 2014

SEGMEN BLOGWALKING SEBELUM PUASA

SAlam readers.... so kali ni sja nak try2 join segment yang slalu mummy tengok dekat blogger-blogger yang lain.. Since hp rosak ssah la nk follow twitter, istag smua.. ni pun tahu dari blog qaseh so follow di blog jom.. jOM join smbil kenal-kenal rakan-rakan blogger...







ni SEmua syarat OWNer : Ayu
syarat2 nyer :
1. sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu..bolehkan..hehe
2. tajuknyer segmen : blogwalking SEBELUM puasa
3. gam kuat2 banner comel diatas dan linkkan ke entry ini ye
4. kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...hehehe
5. siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...hehehe

 segmen ni ayu kasi masa hingga hari SABTU 28/6/2014 jam 10.00 malam ..

♥ Terima Kasih ♥

Thursday 19 June 2014

Hari YAng Masam Manis

haI REaders....

Kenapa hari ni mummy cakap masam manis... This is b'coz air cond bilik mummy yang baru orang mai pasang semalam xsejuk 1 bilik... Sob...Sob... dh spend duit beli tiba-tiba test semalam xsejuk 1 blik.. Pelik kan... Duduk depan air cond memang la rse sejuk. Tp klau kte dduk tempat lain ckit mksud mummy bukan depan air cond kan xrase pape pn... Berkuap pn so...so... je... KeNaPAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Stress sgt


Well yang manis nye today my manager n sveral staff pergi seminar.. Thanks God save my life.. Selamat den buat dek je boikot xmo p.. Gov la ni bt seminar GST.. comfirm mengantuk kalau mummy p.. SO sangat heppy sb blh on9 jerk kat office sambil layan 'Temptation of Wife' fillipina version punya dan other movie.. Satg kte g lunch awal n masuk lambat ckit... Kuang... Kuang... Kuangg...

Ending of story bercakap tntang air cond cne la mummy nak buat.. Sangat x sennag hati.. Bukan cap ayam.. mummy beli cap ibu dan anak kot.. huhuhu ... PANASONIC xkanlah ko bt cmni kat aku.. stressss2xxxx.. Bayangkan 3,4 jam pasang mummy duk kat pintu xterasa sejuknya...kecuali lepas mandi klo xrse jgk memang kulit biawak lar.. tp xkan mummy nak kena mandi 24 jam..

Aduh...The problem is satg cina yang mai pasang tu mai test mesti daddy angguk je.. Tu yang xpuas hati tu.. Lg xjmpe face 2 face ngan orang yang mai pasang tu xpuas hati laarrr...



the end :-(




♥ Terima Kasih ♥

Tuesday 17 June 2014

RESEPI : Sambal Petai

Bahan - Bahan :
  1. Bawang Besar**
  2. Bawang putih**
  3. Cili kering **
  4. Air Asam jawa
  5. Petai
  6. Ikan bilis, Udang, sotong ( ikut suka hati )
  7. Garam, Gula, secubit rasa

CARA - CARA :

  1. Korang mesin cili kering (rendam sejam dulu k), bawang besar, putih sampai lumat. Kemudian korang tumis cili yang di mesin tadi sampai garing 2 pecah minyak
  2. Kemudian korang masukkan air asam jawa, garam, gula dan secubit rasa.
  3. Last sekali korang masukkan petai yang dh dibuang kulit (mummy beli kat tesco je)









♥ Terima Kasih ♥

RESEPI ICE CREAM HOMEMADE

Salam 1 Malaysia.... 
Hari ni mummy nak kongsi resepi ice cream homemade yang mummy bt smalam.. Buat pn sebab adik montel mummy tengok blog Cik Epal punya resepi terus dye beria-ria nak buat jugak.. So terhasil la homemade ice cream oreo dan holick ni.. Mudah dan simple jer...

BAHAN - BAHAN :
  1.  Susu cair 1 tin
  2. Susu pekat 1/4 tin
  3. Telur A grade 1 biji ( mummy guna 2 biji sbb saiz mini )
  4. 2 Sudu ovalette
  5. 1 Sudu esen vanila (x buh pn sb stok habis )
  6. Perasa yg berkenan (mummy guna oreo,holick n milo )
  7. 1 mineral cawan air sejuk (mummy letak sebab pekat dan berlemak sgt)
ni jer BAhan2xnye
CARA-CARA :

Korang blend @ mixer kan jer semua bahan-bahan di atas sekaligus kecuali bahan perasa (oreo, milo dan holick ). Contoh cam gambar di bawah.. Pukul sampai adunan naik 1 kali ganda dan pekat.. Anggaran masa lebih kurang 20-30 minit.. Pukul sampai adunan smooth je.


Dah siap korang bahagikan beberapa mangkuk dan letak la perasa yang korang suka.. conToh pic kat bawah ni mummy letak perasa holick dan pewarna biru bagi nampak lawa skit..hehhe




Ni pula untuk buat perasa oreo..hancurkan dulu ok


Setelah dah hancurkan oreo korang masukkan dalam bekas dan mixer kan sekali lagi sampai oreo dan adunan tu sebati comei2... Kemudian korang boleh la tuang dalam tupperware.

Ni adunan oreo yang dh siap digaul

Akhirnya siap jugak 3 bekas ice cream

Last sekali masukkan dalam peti sejuk sehari/semalam untuk proses pengerasan. pROses pengerasan bergantung kepada peti ais korang.. Klo yg baru kejap je..Tp elok sekali bagi mummy semalaman ler...



Ni yang lebihan yang xmuat dalam tupperware..3 jam dah tp xkeras cantik lagi..



♥ Terima Kasih ♥

Friday 13 June 2014

NEW LOOK FOR MY BLOG

SALAM 1 MALAYSIA
Hari ni aku nak cerita di sebalik 'new look' blog aku ni.. Untuk template aku upah Maisarah untuk hias dan susun blog aku ni.. Untuk beginner cam aku ni ok la suruh orang buat je.. Menutab, watermark semua kredit to Maisarah.. korang boleh jejak blog dia yang sangat menarik Maisarah.
Next tentang header baru aku.. Lepas habis blogger-blogger a.k.a yg menjadi guru tutorial for free aku terjah aku pun buat sendiri header blog aku ni.. Perkara ni menjadi bertambah senang dengan adanya doodle free dari blogger APIT, yang sangat banyak, kiut dan free.. HAHAHA... yang tu penting... Xlupa juga blogger-blogger yang tulis tutorial untuk buat header ni cth macam IZALyssa FArah dan ramai lagi kalau aku nak credit.. Hanya ucapan Tq dari aku, blogger yang baru join group blogger ni..


sO Kesimpulannya;

Nak edit blog ni memang memerlukan kepakaran dan idea yang kreatif. Tapi dengan adanya tutorial yang banyak membantu membuatkan orang yang xbljr bab2 ni pn bleh buat sendiri. Tp disebabkan kekangan masa, kerja, anak-anak blogger yang baru nak mula mungkin hadapi beberapa masalah.. 

mACEh spe2 yang rajin update blog korang, buat tutorial, freebies etc...
N sorry klau aku amk dari blog korang n lupa kredit korang. Bukan apa terlampau banyak sangat aku google n amik ckit2 sampai lupa plak yang mana 1.. 


♥ Terima Kasih ♥

Monday 9 June 2014

TAMAN JUBLI SUNGAI PETANI

 Pukul 8 pg get ready dh ke taman jubli sp bwak little sumo main dekat playground dkt sne... 

Budak Montel xmandi
Thx BB bwak je kmi g mne pn kami nak...
Papa fokus drving


Papa bawak irfan g main



Tengah cari-cari ank aku tbe2 muncul di lubang hitam itu.. Terkjut den




iRFAN xmo balik....
Tengok peluh ank kesygn aku nie

Pkl 10 dh elok sgt balik.. Badan pn dh peluh-peluh banyak.. lencun baju montel ni.. Bukan anak je sekali mama papa irfan pn berpeluh.. Penat ligan anak takut jatuh la katakan... Panas -panas minum sejuk2 sedap nie.......
Nasib dah prepared siap-siap................
nEscafe with whipped cream



♥ Terima Kasih ♥

RESEPI : FRENCH TOAST SIMPLE

SALAM Readers...  Last weeknds aku sje je try bt resepi french toast ni. Bukan apa tgk dlam "Projek Memikat Suami" lakonan emma maembong tu.. Huhuhu... TP french toast ni biase je bg aku.. Bahan yang simple, mudah di dapati dan kos murah.. Yang tu penting...

BAHAN- BAHAN :
  1. Roti gardenia 
  2. Susu cair
  3. Garam dan secubit rasa
  4. Telur
  5. Cili mesin ( sb aku nk bg pedas je)

yang ni sebatian yang telah siap

yang ni dalam proses goreng





Yang ni sampingan breakfast.. Ramli tempura nugget

nI LAh simple breakfast aku, suami dan ank montel aku hujung minggu lalu






♥ Terima Kasih ♥

Thursday 5 June 2014

RESEPI - PAJERI NENAS MUDAH

ni lar pic bahan-bahan aku beli..


TOday aku masak pajeri nenas utk my beloved hubby yang teringin nak makan..

BAHAN-BAHAN :
  1. 2 biji nenas ( dibersih dan dipotong suka hari ko lah)
  2. Santan 3 cawan ( aku guna santan kotak 1 dan yg orignal klapa rm1.00 )
  3. 2 Batang kayu manis 
  4. 2 bunga cengkih , buah pelaga, bunga lawang (klo xtw korang google k)
  5. 2 sudu besar kerisik (xde dlm pic sb aku lupa snap)
  6. 1 paket rempah daging.. (pek kecik tu)
  7. Garam, gula dan secubit rasa maggie
  8. 5 ulas bawang besar,  3 ulas bawang putih dan 1.5 inci halia ( dikisar halus )
  9. Minyak utk menumis bahan yang dikisar.. ( aku guna minyak zaitun dan Alif)

CARA - CARA :
  1. Tumis bahan yang dikisar bersama bunga cengkih, kayu manis dan sahabat-sahabat yang lain
  2. Masukkan rempah (yg dh jd pes) , kerisik dan msak sehingga garing @ pecah minyak. 
  3. Masukkan santan, dan bahan perasa lain
  4. Akhir sekali masukan nenas dan kacau sehingga masak
  5. Siap untuk dihidang bersama nasi putih.

TARA DAH SIAP...


♥ Terima Kasih ♥

ORDER CUSTOMER LAGI..KCK MOIST + XTRA coKLAt

Hai sEmua...Gd morning.. today aku dah siapkan order sorang lg customer aku.. sje r nk gtahu semua reader-reader di Malaysia dan Seantero dunia... cewah berpuitis dpagi hari.. Well bos aku cuti so aku pn apa lg... ON9 je lar...hahaha.. Closing akaun pn dah tutup. SO zAZZZZzzzzzzzz...

TARAAAAAA.....



Xtra coklat topping.....

Done for delivery...

ONLY rm16 for cake and RM4 FOR xTRA topping ... Requested by Mrs sYAkira..thx... dah 2 bji order utk minggu ni.. MSG 013-5335117 if interested ok....
♥ Terima Kasih ♥

Tuesday 3 June 2014

ALKISAH BEE dan PANPAN

NI cter aku jmpa kat FB.. KHAS utk remaja remaji di luar sana... Utk org dwasa also can..

KISAH PANPAN DAN BEE


"sihat sekarang Panpan?"
"mana tak sihat nya.. dulu ditendang, sekarangku disayang"
kata panda diikuti gelak tawa kecil dari dua ekor sahabat itu. Mereka mengelak dari gelak besar kerana takut keluar ilmu.
"apa yang disayang sangat tu Panpan? mind to share?"
Babi meneruskan perbualan dengan sebuah pertanyaan setelah gelak-tawa mereka reda.
Panpan termenung panjang. Senyuman yang terukir sejak tadi berubah menjadi keruh secara perlahan. Seakan-akan ada hiba yang ingin dilepaskan. Lansung tidak menggambarkan 'kasih sayang' yang dimaksudkan.
"kalau diikutkan.. memang aku disayang.. dibawa naik kapal terbang, dapat makanan mahal tiap-tiap hari, diberi rumah yang harganya berjuta-juta.."
"habistu? apa nak sedihnya? bersyukurlah kau dalam keadaan aman!"
Kata babi sambil ketawa kecil dan menumbuk manja bahu panda.
"jangan sentuh bro... nanti kene samak..." kata panda, mukanya serious. Penuh risau.
Babi hanya tersenyum mendengar statement panda.
"aku sentuh kau, kau boleh samak.. hari-hari aku tengok lelaki sentuh perempuan bukan mahram, macam mana nak samak pun aku tak tahu"
"mungkin kene samak dengan api neraka kot?..." kata panda dengan kebingungan, jelas kelihatan tertanya-tanya.
"kau jangan macam-macam Panpan.. kau tu binatang, buat cara binatang"
mereka terdiam beberapa saat, lalu babi mula memberi komen akan luahan hati panda sebentar tadi.
"kalau aku jadi kau.. aku seronok kot, hidup mewah! tak perlu susah-susah dah.. tak macam aku, semua orang jijik.."
"bukannya apa Bee, aku sedih memikirkan tuan aku.."
Riak wajah panda berubah kembali, keresahan. Panda berusaha mencari perkataan yang sesuai untuk luahkan kepada sahabatnya babi. Panda meneruskan...
"aku dilayan macam anak raja.. tapi anak-anak tuan aku tu bukan semua orang senang.."
"maksud kau?" Babi bertanya penuh sifat ingin tahu. Panda cuba menjelaskan.
"anak tuan aku tu ada yang fakir miskin, ada yang tak mampu ke sekolah.. aku pernah tengok anak tuan aku yang merempat sebab takda rumah, tapi tuan aku tu habiskan duit juta-juta untuk aku.. Aku bahagia je duduk kat hutan tu, tapi dia nak jugak habiskan duit kat aku, nak jugak letak aku dalam rumah mahal.."
Panda bertambah hiba. Babi cuba mengawal suasana dengan berpihak kepada tuan si panda, cuba mengurangkan su'u dzon pada panda.
"mungkin dia ada apa-apa alasan munasabah kot.. kita binatang, kita mana tahu apa-apa bro.. mereka sebaik-baik makhluk kot"
"aku tahu apa alasan dia, dia kata untuk pelaburan.. kalau aku ada kat rumah dia, ramai jiran datang melawat. Dengan harapan, tuan aku yang dulu minat nak tingkatkan hubungan perdagangan dengan tuan yang baru ni"
"haaaaaa... kan bagus tu, apa yang kau dok runsing sangat?"
"masalahnya aku risau yang duit-duit untung tu tak sampai kat anak-anak tuan aku.. anak-anak dia bukan semua orang senang.."
"Panpan... biar mereka yang arif fikir pasal tu.. kita ni binatang je"
Panda tidak mempedulikan kata-kata babi malah meneruskan luahan kerisauan.
"cuba kau bayangkan... kalaulah kos yang dibelanjakan untuk aku 50juta, boleh hantar 100 student untuk study architecture kat United Kingdom kot!! overseas kot Bee"
"kita binatang lah Panpan.. takyah nak matematik sangat lah kan.."
Babi cuba memenangkan manusia yang hakikatnya lebih cerdik dari mereka. Tapi babi tetap babi, dia menemui jalan buntu.
"errrrr.. kes aku lagi best!" Babi cuba tukar tajuk perbualan.
"aku tahu.. kuat scandal kau sekarang kan?"
Mereka tergelak kecil. Babi terpaksa menahan gelak dengan bersungguh-sungguh untuk mengelakkan badannya yang bulat itu dari tergolek jatuh ke tanah. Panda menyambung.
"macam mana kau 'handle' segala kontroversi tu Bee?" usik panda dengan penuh sifat ingin tahu.
"aku usha dari jauh je.. kelakar pun ada.. kadang-kadang aku rasa mereka ni macam lagi takut kat aku dari Tuhan"
"uish! berat statement tu Bee!"
Panda menunjukkan reaksi risau. Sambil menoleh kiri dan kanan kerana bimbang ada pihak yang akan melabel sahabatnya pembawa ajaran sesat. Tetapi babi tetap meneruskan.
"haritu ada scandal kononnya DNA aku ada dalam coklat. punyalah gelabah makhluk manusia ni sampai nak cuci darah bagai. walhal hari-hari duk tengok TV terbuka aurat sana sini takdak pulak yang nak cuci hati"
Babi tergelak sakan sambil rancak bercerita sedangkan panda masih dalam keadaan risau akan keselamatan sahabatnya. Panda hanya diam dan mendengar cerita babi.
"kalau soal yang berkaitan dengan aku, semua jadi kelam kabut, panick.. haritu aku ke town, ramai gila orang pegi clubbing, minum arak pun ramai, yang masuk hotel berdua-duaan pun ramai.. aku husnudzon je lah dorang bukan islam"
Dengan penuh semangat babi meneruskan lagi.
"depa takut sangat.. kalau sentuh aku bukannya dosa pun, boleh samak lagi tu.. samak ni pun berbeza hukum mengikut mazhab, ada yg sertu.. aku ni yang kompem tak boleh dimakan je.. ni dorang anggap aku macam binatang......"
Mungkin babi terlupa yang dia juga seekor binatang, biasalah binatang...
"dahla Bee.. tak elok kita cakap pasal depa.. depa dengan hidup depa, kita terus jadi binatang.."
"oklah Panpan, aku kene mintak diri dulu ni.. nak pegi kerja"

MAksud Yng sgt mendalam. BYE


♥ Terima Kasih ♥

© Mummy Irfan | Template By Blog Bingkisan Hati