Friday 26 December 2014

REVIEW TEMPAT MAKAN: IKAN BAKAR DIN

Salam Jumaat blogger. Hari ni rasa bosan di office sebab ramai yang bercuti Krismas. So kita yang bkerja nie online saja lar kan.. HUhuhuhuhu.. Well nak review 2 tempat makan yang best jugak lar yang korang boleh p makan bila jalan-jalan di Utara tanah air nie.

 IKAN BAKAR DIN di Kepala Batas. 

PIC IHSAN DARI UNCLE GOOGLE.
Hari tu mummy bawak Mak, Abah dan irfan montel g makan di sini. Saja nak test sebab banyak sangat review orang cakap best + gempak so lets check out.. Kitaorang order air siram limau 3, 4 pinggan nasi, ulam-ulaman dan sambal belacan, gulai ckit dan ikan siakap yang sangat besar. Total rm59.00. Review mummy ok lar sebab kena dengan taste orang kampung sebab makanan kat tempat standard makan di kedai ikan bakar.. 

HAhhahah.. 4 bintang dari 5 bintang. Makanan ok, tempat ok cuma servis air+kira bill slow gila.. Tapi mybe sebab ramai kot. Mummy sampai pkul 1 lebih dan orang sangat2 pack ok. Harga ok la berbanding ikan bakar di Penang island kot. 

antara menu-menu di sana.. Ehsan google dan blogger-blogger.
pelbagai jenis ulam dan air asam/ sambal belacan etc ehsan dari google jer..
Kebanyakan pic mummy Nad amk dari google sebab segan lar g kedai nak amik gambar. Cam perak pulak. so kita google je lar n terima kasih kepada bloger2 yang rajin letak pic yang menarik semasa review kedai makan di Malaysia ok.




♥ Terima Kasih ♥

Friday 19 December 2014

PHOTOBOOK MALAYSIA

SALAM READER's...

Hari ni nak kongsi lagi 1 lagi benda yang mummy beli secara online iaitu melalui Groupon. Kebetulan ada free photobook saiz 6x6 dan cuma dikenakan charge penghantaran rm8. Dia akan print macam buku cerita jer pic2 kta dan software kita kena download dekat website dia. Kat bawah ni contoh photobook my hubby punya.. Dia pn nak.. stkat ni dah 4 photobook mummy Nad buat..huhuhu.. Bukan nak show off remote air-cond @ handbag ok.. ni mummy lapik je ..
Layan beberapa pic yang mummy amik guna fon murah mummy nie


PIc irfan pn ada sb xmencukupi la pic wataniah papa

Ada 40 pages ok..

♥ Terima Kasih ♥

4D SCAN 26 WEEK

Selamat pagi semua reader. Hari ni setelah lama mummy tidak bersiaran nak review ckit tentang klinik yang baru-baru ni mummy Nad p bt scan 4D.  ALhamdullh sebab baby dalam keadaan baik dan sangat aktif dan alhamdullh insyallh tahun depan mummy Nad dapat baby girl. Sepasang sudah anak mummy nie.. 

Well review tentang klinik yang mummy Nad nak buat ni adalah POLIKLINIK DR MARINA di Taman Semilang, Seberang jaya, Pulau Pinang. Harga promosi untuk sepanjang tahun 2014 ni hanyalah RM65 (3D + 4D) dan RM100 (3D + 4D + 2D details scan). Korang boleh call 04-3982848 untuk sebarang pertanyaan
Bagi yang xberpeluang untuk harga promosi jangan lah susah hati sebab menurut dr Marina insyallh harganya xmahal sangat macam korang pergi bt scan dekat KPJ. kebarangkalian next following years RM85-100 kot. call balik untuk comfirmation ok.

Dari segi pendapat mummy ialah Dr Marina seorang doktor yang lemah lembut dan sangat mesra melayan pesakit. 2 orang staff yang jaga kaunter jugak sangat lemah lembut. Yang penting semua perempuan muslimah jadi mummy rasa sangat selesa wlaupun klinik xla besar sangat.

Untuk pakej rm65 ni dr Marina print 4 keping gambar iaitu 2 gambar muka baby, 1 gambar alat kelamin baby dan 1 lagi gambar tulang baby kot. Dalam CD ada lebih kurang 6-8 gambar baby dan lebih kurang 6 video sepanjang 4D scan dilakukan. Tempoh scan lebih kurang 30 minit iaitu 20minit ++ scan dan 10minit burn dalam CD.

Ni mummy kongsikan 1 video dan gambar baby gurl yang sangat hyperaktive dalam perut mummy.



♥ Terima Kasih ♥

Tuesday 2 December 2014

Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha



Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua.

Sempena cuti sekolah yang masih berlangsung ni, cikgu nak lancarkan segmen ringkas dari blog simple cikgu ni. Harap dapat sambutan. Tujuan utama cikgu anjurkan nak rapatkan ukhuwah dan tambah kenalan di alam maya. Dalam masa yang sama bole kongsi maklumat dan info.

http://cikgufarha.blogspot.com/2014/12/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-farha.html

Syarat simple je:-
1. Follow blog cikgu (boleh tengok side bar) - tak paksa pon hehe
2. Buat tajuk "Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha"
3. Tinggalkan url entry kat entry ini jugak

Copy coding yang disediakan.



♥ Terima Kasih ♥

© Mummy Irfan | Template By Blog Bingkisan Hati