Tuesday, 17 June 2014

RESEPI ICE CREAM HOMEMADE

Salam 1 Malaysia.... 
Hari ni mummy nak kongsi resepi ice cream homemade yang mummy bt smalam.. Buat pn sebab adik montel mummy tengok blog Cik Epal punya resepi terus dye beria-ria nak buat jugak.. So terhasil la homemade ice cream oreo dan holick ni.. Mudah dan simple jer...

BAHAN - BAHAN :
  1.  Susu cair 1 tin
  2. Susu pekat 1/4 tin
  3. Telur A grade 1 biji ( mummy guna 2 biji sbb saiz mini )
  4. 2 Sudu ovalette
  5. 1 Sudu esen vanila (x buh pn sb stok habis )
  6. Perasa yg berkenan (mummy guna oreo,holick n milo )
  7. 1 mineral cawan air sejuk (mummy letak sebab pekat dan berlemak sgt)
ni jer BAhan2xnye
CARA-CARA :

Korang blend @ mixer kan jer semua bahan-bahan di atas sekaligus kecuali bahan perasa (oreo, milo dan holick ). Contoh cam gambar di bawah.. Pukul sampai adunan naik 1 kali ganda dan pekat.. Anggaran masa lebih kurang 20-30 minit.. Pukul sampai adunan smooth je.


Dah siap korang bahagikan beberapa mangkuk dan letak la perasa yang korang suka.. conToh pic kat bawah ni mummy letak perasa holick dan pewarna biru bagi nampak lawa skit..hehhe




Ni pula untuk buat perasa oreo..hancurkan dulu ok


Setelah dah hancurkan oreo korang masukkan dalam bekas dan mixer kan sekali lagi sampai oreo dan adunan tu sebati comei2... Kemudian korang boleh la tuang dalam tupperware.

Ni adunan oreo yang dh siap digaul

Akhirnya siap jugak 3 bekas ice cream

Last sekali masukkan dalam peti sejuk sehari/semalam untuk proses pengerasan. pROses pengerasan bergantung kepada peti ais korang.. Klo yg baru kejap je..Tp elok sekali bagi mummy semalaman ler...



Ni yang lebihan yang xmuat dalam tupperware..3 jam dah tp xkeras cantik lagi..



♥ Terima Kasih ♥

2 comments:

Iola said...

sedapnya :D

NADA syafi said...

@IolaTry ler.. simple je bahan2 dye n senang sgt...

© Mummy Irfan | Template By Blog Bingkisan Hati