Alhamdullillah hari ni mummy Nad dah genap 9 bulan preggy...Tinggal beberapa ketika je lagi nak menyambut kelahiran puteri sulung mummy. Dah lama xupdate blog bukan apa mummy letih + xde masa + penyakit malaz melanda..Hahaha.. so sempena hari ni xde orang sangat kat office since dorang raya Cina xhabis lagi mummy yang kebosanan on9 sepanjang hari tetibe jer nak update blog mummy nih.. Mummy de 2 story yang sedih dan happy..
Beter kte mula yang hepy2 dulu la yer. En hubby dah diposting kan tetap ke Johor. More specific di Pasir Gudang di Sekolah Kota Masai. So alhamdullh dh setel urusan posting segala mak nenek semua.. Jauh kan. Korang bayangkan kalo nak balik raya Johor - Terengganu - Penang. Aduhhhh betoi-betoi pusing 1 Malaysia nih.. Xdapat nak menjimatkan cost di situ.. Since mummy ni kan kerjanye akaun mestilah keje cut cost jer. Haha.. Tapi mummy dan irfan xpegi lagi ke johor. Insyallh habis cepat @ lambat February tahun depan la jawabnye..huhuhu.. Sekarang pn tengah sarat dah ni. So mummy dan irfan stay dengan wan dan mak tok jer..
2nd berita yang xberapa nak hepy adalah adik baby songsang..... :-( Kebarangkalian untuk di operate setakat ni 50%. Still menanti kot2 adik baby nak u turn..Haha... Doktor ada sarankan ECV iaitu satu kaedah pusingkan bayi oleh dktor @ nurse terlatih. Tapi mummy baca review blogger yang pernah experience ECV ni macam menakotkan jer dan sakit jer.. En hubby cakap kalao xberani buat jangan buat. Macam xselamat jer.huhuh(Based on tgk utube). Insyallh kalao xpusing jugak mummy nak try p berurut dengan mak bidan kot. Korang mesti cakap kenapa x pegi buat awal-awal. According to doctor lar kan baby akan pusing dan masuk kedudukan tetap sehingga 9 bulan. Next baru dia xmo bergerak sangat dah sebab dah besar dan memenuhi ruang. So nak main roller coaster dah xboleh sangat.
Kesimpulannya mana-mana reader yang baca blog mummy doa-doakanlah keselamatan mummy dan adk baby supaya dapat menjalani proses kelahiran secara normal. Insyallh. Jumpa lagi selepas mummy bersalin.. Rasanya dah nak stop dulu sebab kemalasan tahap gaban..hahaha
No comments:
Post a Comment