Friday, 21 November 2014

RESEPI : AGAR-AGAR KERING


Ni lar rupa bentuk agar-agar kering yang xberapa cun shape dia

Bermula kejadian ini disebabkan oleh agar-agar bertali yang berapa bulan dah beli tapi xguna-guna pun. So saja google dan survey benda apa yang boleh dibuat menggunakan agar-agar ni selain dari agar-agar biasa yang xmenjadi favourite kami sekeluarga.. Haahah.. Then my hubby cakap asal tak buat agar-agar kering. So apa lagi zapppp terus call en google suh cari resepi. Thus, bermula lar episod agar-agar kering ni. First time nak buat ok.

Bahan-bahan:
Agar-Agar bertali 30gm
Gula batu 300gm/1 cawan
Gula pasir 500gm/2 cawan
Pewarna yang disukai
Perisa ros @ yang disukai
Air 1.8 liter/6 cawan
Daun pandan 3 helai.

Cara-cara
Rebus agar-agar bertali + air + daun pandan sehingga agar-agar hancur. Masukkan gula batu dan gula pasir sehingga sebati. Didihkan sehingga semua bahan sebati ok. Then korang letak pewarna yang disukai dalam dulang/tupperware/bekas yang korang ada lar.

Lepas dah keras korang potong dan susun dalam dulang besar untuk jemur ok


Jemur lar sehingga agar-agar korang kering. Disebabkan area penang ni petang suka hujan mummy Nad ambik masa selama 5 hari korang nak jemur benda alah ni.. Hahahha serik malaz nak buat dah.
Produk akhir jadi lar macam pix ni


try lar buat klo rjin



♥ Terima Kasih ♥

2 comments:

Papaglamz said...

Lamenuer 5 hari.. Klu siap tu trus makan blh kn mama..

NADA syafi said...

@Papaglamz
Yup blh terus makan. 5 hari mybe sbb hari xberapa panas kot. Hujan petang. Jadi lama ler proses pengeringan..

© Mummy Irfan | Template By Blog Bingkisan Hati