Thursday, 13 November 2014

RESEPI - SIAKAP 3 RASA SIMPLE

Hujung minggu memang best layan ikan siakap 3 rasa nie.. Walaupun nampak renyah tapi senang jer.. 

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap - ( Mummy goreng )

Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

 Bahan-Bahan Sos:
 2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis
Timun/Carrot/ Nenas yang dipotong dadu

Cara Cara:
Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Goreng sehingga garing. (Panjang sangat mummy bahagi/potong 2 je)

Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.

Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.  

Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. 





♥ Terima Kasih ♥

No comments:

© Mummy Irfan | Template By Blog Bingkisan Hati